Selasa, 15 Jun 2010

Selamat Pengantin Baru

Rasanya belum terlambat untuk KGK mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada dua orang ahli kelab yang sama-sama melangsungkan hari bersejarah mereka pada 07 Jun 2010. Beliau yang dimaksudkan ialah Noor Zurina bt Mohd Yazit dengan pasangannya Ahmad Tarmizi b Razali dan Azmawati bt Che Kar dengan pasangannya Zulkarnaen b Hj Shafiei.
Kami ucapkan Semoga Berbahagia Sehingga ke Akhir Hayat dan Semoga Dimurahkan Rezeki dan Dikurniakan Cahayamata Secepat Yang Mungkin.... Amin.....

Khamis, 20 Mei 2010

Selamat Pengantin Baru

Belum terlambat rasanya pihak KGK ingin mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada dua orang ahli KGK yang telah memutuskan untuk mengakhiri percintaan mereka ke jingjang pelamin. Mereka yang dimaksudkan ialah En Ahmad Feteri dan juga Pn Noor Fauziah.
Selamat Pengantin Baru kami ucapkan dan kami doakan moga kekal ke akhir hayat..... Amin....

Sambutan Hari Guru & Pekerja 2010

Pada 19hb, sambutan hari guru dan hari pekerja 2010 peringkat sekolah telah diadakan. Pelbagai acara telah dijalankan. Antaranya sukaneka, pertunjukan COSPLAY , persembahan daripada guru-guru dan banyak lagi.Semua warga sekolah bergembira......
Pada jam 1:45 petang satu Jamuan Pertukaran Ahli diadakan pada hari yang sama dan suasana yang ceria dan gembira pada sebelah paginya bertukar kepada suasana yang hiba dan sedih. Ahli yang bertukar ialah Pn Norizan(CC) yang bertukar ke SMK Pelabuhan Kuantan dan Pn Sharifah (Kerani) SMK Seri Rompin. Pihak KGK merasakan satu kehilangan yang besar dan mendoakan agar mereka sentiasa gembira dan dirahmati Allah SWT.

Isnin, 12 April 2010

PIAGAM PELANGGAN

Kami Kakitangan Sekolah Kebangsaan Leban Chondong beri dan berikrar dan berjanji:
Akan memberikan khidmat yang mesra dan cekap kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
Akan mendidik anak-anak didik dengan komitmen dan kasih sayang ke arah kecemerlangan dan ketakwaan.
Akan mengeratkan hubungan dengan semua pihak yang berkaitan dengan sekolah.

Majlis Pertukaran Ahli


Pada Rabu, 9 Mac 2010 lalu Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Leban Chondong telah mengadakan Jamuan Pertukaran Ahli bagi memberi penghargaan dan meraikan perpisahan guru-guru dan staf yang telah bertukar. Majlis bermula jam 2:00 petang dan dihadiri oleh ahli kelab yang terdiri daripada guru-guru dan juga staf sokongan sekolah. Guru yang diraikan ialah Ustaz Sukairi Jafni yang bertukar ke Kolej Universiti Pahang dan Ustazah Anizai ke SK Pontian.

Perlawanan Persahabatan SKLC vs SKP










Pada hari Rabu 24 Mac 2010 yang lalu satu perlawanan persahabatan telah di adakan di antara KGK SKLC dan KGK SK Pontian. Dua acara dipertandingkan iaitu Bola Tampar Lelaki dan Bola Jaring. Kedua-dua kelab telah membariskan pemain-pemain yang hebat dan handal yang terdiri daripada guru-guru dan kakitangan sekolah masing-masing.
Bagi perlawanan Bola Tampar , KGK SK Pontian telah berjaya menewaskan KGK SKLC dengan mata sebanyak 3-1.Bagi perlawanan Bola Jaring pula skuad KGK SKLC menang mudah dengan mengalahkan KGK SKP sebanyak 9-0.
Antara pemain yang perlu diberi pengiktirafan adalah Tn Hj Nawi ( GPK KO) dan juga Pn Hamimah ( GPK 1) selaku GS yang terbaik kerana mereka telah memberikan komitmen dan menunjukkan prestasi yang tinggi sepanjang perlawanan. Syabas...... diucapkan kepada semua ahli yang menjayakan program ini.....

Sabtu, 10 April 2010

MISI

Menjadikan guru dan Kakitangan
SK Leban Chondong
sebagai warga yang
  • Bersahsiah Tinggi
  • Mesra Pelanggan
  • Pengurusan Berkualiti
  • Perkhidmatan Cemerlang
  • Pengikhtirafan Produktiviti

VISI

Mewujudkan suasana kekeluargaan
dan budaya penyayang dikalangan
warga Kelab Guru dan Kakitangan SKLC

MOTTO

BERSATU MENUJU KESEJAHTERAAN